suria

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun Sungai Klang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Klang berdekatan Jalan Tebing di Brickfields pada hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata lelaki berusia 23 tahun itu, yang berasal dari Pulau Pinang, dilihat terjun ke dalam sungai itu kira-kira 3.40 petang oleh seorang pekerja kontraktor pengorek pasir di tepi sungai berkenaan yang kemudiannya menghubungi polis.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menjumpai dompet lelaki itu bersama-sama baju yang ditanggalkannya sebelum dia terjun ke sungai itu," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Wan Abdul Bari berkata ekoran kejadian itu, pihaknya menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menjalankan operasi mencari lelaki itu sehingga 6 petang ini.

"Setakat ini, kita tidak dapat mengesan lelaki itu berikutan hujan lebat dan air naik," katanya.

Beliau berkata pasukan bomba dan penyelamat juga memasang perangkap sampah di sekitar sungai dalam operasi itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain