suria

Misi Kemanusiaan Kelab Putra 1M'Sia Dijangka Keluar Dari Gaza Pada Isnin

BANDARAYA GAZA: Pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dijangka keluar dari Gaza Isnin melalui pintu sempadan Rafah, kata ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata keputusan keluar dua hari lebih awal adalah kerana pasukan itu sudah mencapai objektif misi untuk membantu lebih 2,000 keluarga di Gaza.

Misi itu juga berjaya menyampaikan ubat-ubatan kepada lima hospital dan klinik di Bandaraya Gaza, Jabalyah, Der Al-Balah, Khan Younis dan Rafah sejak berada di sini.

Pengarah Operasi misi dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Nasir Khan Abdul Rahman berkata semua 67 sukarelawan Malaysia akan keluar awal atas faktor keselamatan.

Misi bantuan sempena Ramadan itu turut menempatkan 35 doktor pelbagai kaum di hospital dan klinik di Gaza.

Pasukan itu masuk ke wilayah konflik itu pada 9 Ogos lepas juga melalui sempadan Rafah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain