suria

Seorang Remaja Cedera Dalam Kes Gaduh Berkumpulan Di Malihah

KUCHING: Seorang remaja berusia lingkungan 20-an cedera setelah terbabit dalam satu pergaduhan berkumpulan di Malihah di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kok Kiong berkata mangsa kini masih dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Berikutan kejadian itu, polis menahan lapan suspek berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan kes yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

"Polis sedang mengesan beberapa lagi suspek yang terbabit dalam kes itu yang dipercayai berpunca dari masalah salah faham dan pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya polis akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin masyarakat di kawasan Malihah untuk menyelesaikan masalah tersebut dan berharap agar orang awam khususnya penduduk setempat agar tidak membuat sebarang spekulasi dalam kejadian tersebut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain