suria

Pemuda MCA Kaji Usaha Tingkat Galakkan Lebih Ramai Belia Bawah 35 Tahun Jadi Anggota

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MCA sedang meneliti cadangan pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi usaha menggalakkan golongan belia berumur bawah 35 tahun menyertai pergerakan itu.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sebuah jawatankuasa yang diterajui oleh kedua-dua naib ketua pergerakan itu iaitu Wyman Yoo dan Wilfred Yong diberikan tanggungjawab mengkaji perkara itu.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan Wanita MCA.

"Keputusan mengenainya akan diumumkan kelak selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pemuda MCA kebangsaan di Wisma MCA disini, Ahad.

Wee baru-baru ini dilaporkan berkata pergerakan itu merancang untuk menarik lebih 21,000 belia di bawah umur 35 tahun menjadi anggota setiap tahun, memandangkan ketika ini lebih separuh daripada 280,000 anggota pergerakan itu terdiri daripada mereka yang berumur lebih dari 35 tahun. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain