suria

Kepulauan Mariana Selatan Digegar Gempa Bumi Kelima

KUALA LUMPUR: Kepulauan Mariana Selatan di Filipina digegar gempa bumi kelima berukuran 6.5 pada skala Richter pada pukul 7.01 pagi Ahad.

Dalam kenyataannya, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata pusat gempa bumi kuat itu berada 1,807km di timur laut Davao dan 2,663km ke barat laut Lahad Datu, Sabah.

Gempa bumi pertama berukuran 7.2 pada skala Richter melanda kepulauan itu pada pukul 5.20 pagi semalam.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 skala Richter melanda Selatan Mariana Islands, behampiran Davao, Filipina pada pukul 10.44 malam Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di 1,830km timur laut Davao, Filipina dan 2,686km timur laut Lahad Datu, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dikesan, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain