suria

Tukang Rumah Mati Dihempap Tembok Konkrit

ALOR SETAR: Seorang tukang rumah maut apabila dihempap tembok konkrit rumah yang sedang diubahsuainya di Taman Alor Janggus dekat sini, Sabtu.

Kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika Sapollizam Omar, 43, mengalihkan tiang-tiang penyokong tembok konkrit itu.

Pemilik rumah itu, Abdul Razak Ali, 47, berkata semasa kejadian beliau keluar ke bangsal di hadapan rumah itu.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat dan apabila menoleh, saya lihat Sapollizam terlentang dihempap tembok itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain