suria

Polis Tahan Tujuh Kes Bunuh

LUMUT: Polis menahan tujuh suspek berhubung kes pembunuhan seorang Anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Changkat Keruing dekat sini pada 31 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata ekoran penangkapan berkenaan, polis masih memburu seorang lagi suspek utama yang dikenali sebagai Nyi Aung, 22, seorang warga Myanmar.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata polis telah menghasilkan gambar fotofit suspek itu dan diedarkan di semua pintu keluar masuk negara.

Salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan itu adalah saudara kepada suspek berkenaan, katanya.

Pada kejadian 31 Julai lalu, mayat Lim Ting Peng, 49, yang juga Ketua cawangan MCA Changkat Keruing, ditemui terperosok dalam sebuah perigi di kawasan Ladang Ternakan Ayam, Ong Lai miliknya.

Mayat mangsa ditemui sehari selepas keluarganya membuat aduan polis mengenai kehilangan beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain