Zaid: Tiada Beza PKR-Umno - Semasa | mStar

Zaid: Tiada Beza PKR-Umno

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menempelak sikap hipokrik partinya yang memperkenalkan beberapa kod etika kempen kepada calon yang bakal bertanding pada pemilihan parti Oktober ini.

Menurut Zaid, larangan agar calon yang bertanding tidak mengkritik pemimpin lain serta penelitian terhadap penganjuran rumah terbuka Aidilfitri yang dikaitkan dengan amalan rasuah, mirip dengan apa yang diamalkan Umno.

"Saya tidak mahu PKR menjadi parti hipokrit seperti Umno, telah keluar kenyataan bahawa kod etika PKR sekarang melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penggunaan wang ala politik wang.

"Malah penganjuran rumah terbuka Hari Raya juga akan diteliti, ini antara kod etika yang paling mirip dengan Umno," katanya melalui entri terbaru yang dipetik melalui laman blog zaiduntukrakyat.com pada Khamis.

Selain itu beliau berkata pengenalan kod etika semasa berkempen seolah-olah menyempitkan amalan demokrasi dalam politik.

"Saya tidak faham mengapa parti-parti politik takut sangat dengan kaedah kempen yang dilaksanakan oleh calon-calon semasa pemilihan parti.

"Kod etika boleh digunakan, tapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih. Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun menjadi satu kesalahan dibawah undang-undang negara, apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika?" katanya.

Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan turut mempersoalkan pandangan kononnya penganjuran rumah terbuka mampu mempengarahui proses pemilihan parti.

"Adalah diandaikan bahawa penganjuran rumah terbuka yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti.

"Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh dipengaruhi oleh makan dan minum," katanya.

Tegas Ziad lagi, larangan mengkritik pemimpin juga akan menghalang proses penambahbaikan dikalangan pemimpin dalam parti.

"Jika seorang pemimpin membuat tuduhan melulu yang tidak berasas, tindakan mahkamah boleh diambil dan kalaulah pemimpin tertentu tidak boleh dikritik, bagaimanakah caranya untuk parti diperbaiki dan terus ditingkatkan kepada tahap yang lebih baik?

"Bagaimana parti boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi tahap mutunya jika pemimpin tertentu tidak boleh dikritik?" katanya.

Katanya lagi, berdasarkan pengalaman parti politik lain, masalah kod etika parti lazimnya berada dalam tafsiran dan aplikasinya yang ditentukan oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan dan belum tentu telus dan adil kapada semua.

Menurutnya Zaid lagi, beliau akan terus mengkritik pemimpin parti dan menganjurkan rumah terbuka kerana tidak akan bertanding pada pemilihan akan datang.

"Saya tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan pada pemilihan PKR, jadi saya bolehlah menyediakan rumah terbuka yang besar ataupun kecil, ikut sesuka hati saya.

"Saya boleh mengkritik pemimpin parti yang lemah dan berkempen menolong calon-calon yang boleh menyumbang kepada parti.

"Saya akan berkempen bagi pihak mereka dan saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai campaign manager ini," katanya.

Dalam pada itu beliau juga berharap pucuk pimpinan PKR menghormati hak ahli untuk memilih pemimpin mereka tanda disediakan 'jawatankuasa bayangan' bagi memberi keutamaan kepada individu tertentu.

"Biarlah kami praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli, biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kami sediakan lineup atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan," katanya.

Artikel Sebelum

Waspada Promosi Pinjaman Sempena Ramadan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain