suria

Liu Diberi Amaran Keras, Teng Dapat Nasihat

PETALING JAYA: Anggota exco Selangor Ronnie Liu diberi amaran keras manakala Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Tee Chang Khim dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kenyataan atau tweetnya oleh Jawatankuasa Disiplin DAP, Khamis.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai berkata Liu diingatkan supaya bertanggungjawab memastikan pejabatnya dalam keadaan teratur serta mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang profesional bagi memenuhi kehendak rakyat serta menjamin imej parti.

Katanya tidak ada sebab untuk menggantung atau memecat Liu berhubung surat sokongan yang dikeluarkan oleh bekas pembantunya Tee Beng Hock bagi mendapatkan projek yang dikaitkan dengan syarikat anaknya.

Tan berkata demikian kepada pemberita selepas selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa selama empat jam itu berhubung dakwaan Tee bahawa Liu mengetahui surat sokongan itu.

Pada 31 Julai lalu, jawatankuasa itu memecat Tee, yang ketika ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), kerana mengeluarkan surat sokongan atas nama Liu bagi mengesyorkan supaya sebuah kontrak diberikan kepada sebuah syarikat di mana anaknya merupakan seorang pemegang saham.

Mengenai Teng, Tan berkata tweetnya telah memberi tanggapan salah kepada orang awam bahawa dia telah mencabar dan mempertikaikan keputusan jawatankuasa itu untuk memecat Tee.

"Tetapi dia (Tee) menjelaskan bahawa dia sebenarnya membuat tweet berbunyi 'OMG! Real Culprit is Freed' sebenarnya merujuk kepada filem Cina '14 Balades yang ditontonya.

Sementara itu, Liu, yang juga Ahli Parlimen Pandamaran, berkata beliau dengan rendah diri menerima keputusan jawatankuasa itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain