suria

Cuaca Kering Sepanjang Ramadan, Hujan Minggu Pertama Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Cuaca di Semenanjung Malaysia dijangka kering sepanjang Ramadan tetapi musim hujan semasa minggu pertama Hari Raya, menurut petugas Jabatan Meteorologi Malaysia.

Beliau berkata pada bulan puasa cuaca boleh mencecah maksimum 33 darjah celcius pada siang dan minimum 24 darjah celcius pada malam.

"Mereka yang berpuasa pada Ramadan boleh mengalami penyahhidratan dengan cepat dan dinasihati minum banyak air," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Walaupun kemungkinan cuaca panas, katanya Malaysia masih mengalami monsun Baratdaya sehingga bulan depan dan hujan sekejap-kejap dijangka berlaku pada tiap hari.

"Hujan ribut petir dijangka berlaku sekali-kali di pantai Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat pada awal pagi. Negeri-negeri lain dijangka menerima hujan sekejap-kejap pada sebelah petang," kata beliau.

Untuk minggu pertama Hari Raya, beliau berkata musim hujan akan berlaku yang dijangka di Semenanjung Malaysia, khasnya pada lewat petang berbanding bulan ini dan awal September.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.met.gov.my untuk mengetahui cuaca setiap hari di bandar raya utama dan bandar di Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain