suria

Surat Sokongan: Lagi Laporan Polis Dibuat Kait Ahli MPK

KLANG: Seorang lagi Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dikatakan terlibat dalam mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan kontrak untuk ahli keluarganya.

Ketua MCA Bahagian Kapar, Datuk Song Kee Chai pada Rabu mendakwa Hamidah Mat Sum yang dilantik atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengeluarkan sekurang-kurangnya empat surat sokongan sejak 2009 bagi membantu suaminya, Jan Sakimah mendapatkan kontrak daripada MPK.

Selepas membuat dakwaan berkenaan dalam satu sidang media, Song membuat laporan polis terhadap Hamidah di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Menurut Song beliau akan membuat satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor.

Usaha mendapatkan komen Hamidah berhubung dakwaan berkenaan gagal.

Artikel Sebelum

Zaid: Tiada Beza PKR-Umno

Artikel Lain