suria

Penjara 24 Bulan Balasan Rompak RM5

KLANG: Tidak berbaloi apabila seorang remaja terpaksa meringkuk di penjara selama 24 bulan hanya kerana merompak wang tunai bernilai RM5.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zalida Sazali pada selasa, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Tahir Mohammad, 18, dan memerintahkan tempoh penjara bermula dari tarikh dia tangkap.

Terdahulu, tertuduh didakwa merompak dompet milik Mohammad Yazid Abd Aziz yang mengandungi RM5 pada pukul 6.15 petang, 30 Mei lalu di belakang Plaza Majlis Perbandaran Klang di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh merayu supaya hukumannya diringankan kerana menyara dua ibu bapanya dengan pendapatan sebanyak RM800 sebulan sebagai seorang pekerja kilang.

Artikel Lain