Pelajar Sertai Politik Perlu Pertimbangan Menyeluruh - Khaled - Semasa | mStar

Pelajar Sertai Politik Perlu Pertimbangan Menyeluruh - Khaled

BUTTERWORTH: Pertimbangan yang menyeluruh dari pelbagai aspek perlu dibuat sebelum membenarkan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melibatkan diri dalam politik negara, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

Beliau berkata perkara itu juga perlu mendapat pandangan pensyarah dan tenaga akademik di setiap IPT kerana mereka juga sebahagian daripada komponen dalam universiti.

"Biarlah perbincangan itu terus dilakukan, banyak aspek perlu dipertimbang termasuk membenarkan universiti itu bertukar menjadi gelanggang politik dan memastikan politik tidak berkembang masuk ke dalam kampus.

"Keputusan ini memerlukan pelbagai perhatian dan pertimbangan dan tidak hanya berasaskan kepada satu keputusan sama ada ya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kediaman pelajar di Kolej Kristal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, di sini, Selasa.

Sementara itu, beliau berkata UiTM kini dalam usaha membina lebih banyak kolej kediaman dengan matlamat untuk menampung keperluan 200,000 penuntut.

"Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, UiTM merancang untuk membina sekurang-kurangnya 20,500 tambahan tempat tinggal pelajar," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Peguam Didakwa Pecah Amanah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain