KDN Ambil Kira Dua Faktor Penting Dalam Kadar Kompaun Saman Ekor - Semasa | mStar

KDN Ambil Kira Dua Faktor Penting Dalam Kadar Kompaun Saman Ekor

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengambil kira dua faktor penting sebelum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan penetapan kadar kompaun saman ekor, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata dua faktor itu ialah kompaun yang tidak boleh dikurangkan dan saman ekor yang mungkin dikenakan kepada mereka yang tidak bersalah.

"Dua aspek terbabit sedang diambil kira melalui perbincangan yang dilakukan.

"Namun mesej kita adalah kita tidak akan bagi ruang lagi buat selama-lamanya (kepada pesalah) untuk melanggar dan tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada.

"Namun kita boleh tetapkan satu masa dan tempoh yang sesuai untuk melihat dua aspek ini (sebelum sebarang keputusan)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Konvoi Jelajah Merdeka Rela 1Malaysia di Pasar Seni di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar pesalah trafik berikutan pelbagai rungutan di kalangan orang ramai berhubung kadar saman itu.

Katanya kementerian sangat komited dalam mencari kata putus mengenai hal ini namun segala-galanya masih lagi dalam perbincangan.

Ketika ditanya mengenai ganjaran sebanyak RM50,000 oleh keluarga peguam Datuk V. K. Lingam kepada pemberi maklumat mengenai kes kematian adik peguam itu, beliau berkata keluarga mendiang bebas melakukan apa sahaja selagi ia tidak bertentangan dengan lunas undang-undang.

Semalam keluarga peguam itu menawarkan ganjaran RM50,000 kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya suspek kes pembunuhan adiknya, Rajendram Velupillai, 52, yang ditemui mati di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri Puchong selepas dipercayai dipukul tiga lelaki di sebuah kuil 3 Ogos lepas.

Terdahulu pada majlis itu, lebih 53 buah motosikal berkuasa tinggi dalam kempen Kibar Jalur Gemilang singgah di Pasar Seni sebelum ke Ibu Pejabat Rela di Putrajaya.

Program ini bermula 31 Julai lepas di Putrajaya dan telah menjelajah 13 negeri dalam masa 12 hari melibatkan hampir 180 orang peserta yang antara lain membantu menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain