suria

Polis Tahan Empat Warga Asing Disyaki Membunuh

KULIM: Polis menahan empat lelaki warga asing pekerja kilang kejuteraan, kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki Myanmar, di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Mohd.Salleh berkata, dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, mayat seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dijumpai tertiarap berlumuran darah di hadapan sebuah rumah sewa pekerja kilang, di taman berkenaan.

"Polis percaya bahawa sekumpulan lelaki berusia 20-an semuanya pekerja Myanmar yang tinggal dalam sebuah rumah di kawasan perumahan itu, mabuk sebelum berlaku pergaduhan hingga menyebabkan kematian.

"Mangsa yang masih belum dikenalpasti identitinya, pada awalnya berjaya melarikan diri dalam keadaan luka parah, namun rebah tidak jauh rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Beliau berkata mangsa mengalami cedara parah di bahagin kepala dipercayai dipukul dengan senjata tumpul, serta terdapat beberapa kesan tusukan senjata tajam di beberapa bahagian badan. Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain