suria

Pengerusi Public Bank Terima Anugerah Perakuan Pengarah Korporat Asia

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Public Bank Tan Sri Dr Teh Hong Piow dipilih sebagai penerima Anugerah Perakuan Pengarah Korporat Asia Pertama 2010 bagi Malaysia.

Anugerah oleh Corporate Governance Asia, sebuah jurnal mengenai tadbir urus korporat di rantau ini, disampaikan pada majlis bankuet ulang tahun ke-44 bank itu Jumaat lepas.

Anugerah itu memperakui pemimpin korporat syarikat-syarikat awam dan swasta di Asia atas prestasi dan sumbangan luar biasa mereka, kata Public Bank dalam satu kenyataan, Isnin.

"Saya sungguh bangga menerima anugerah ini," kata Teh dalam ucapannya.

"Menerusi pasukan petugas berbakat serta anggota lembaga pengarah yang berkongsi minat yang sama, menyumbang kepada kejayaan bank," katanya.

Public Bank juga menerima Anugerah Perakuan Tadbir Urus Korporat Asia 2010 bagi kali keenam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain