suria

Militan Sikh:PDRM Hubungi Kedutaan Malaysia Untuk Maklumat Lanjut

BETONG: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya telah menghubungi Kedutaan Malaysia di New Delhi, India bagi mendapat maklumat lanjut berhubung laporan media mengenai militan Sikh di negara ini.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya masih belum mendapat maklumat rasmi daripada polis Punjab dan hanya bersandarkan kepada laporan media.

"Setakat ini polis Punjab belum lagi berhubung terus dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas perasmian Balai Polis Betong yang baru, di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung dakwaan polis Punjab yang dilapor media sebagai berkata empat suspek dari kumpulan pemisah Sikh yang kejam, Khalistan Liberation Force, bersembunyi di Malaysia.

Musa berkata PDRM tidak mengambil mudah dakwaan tersebut dan pemantauan aktiviti militan dilakukan secara berterusan dengan kerjasama polis antarabangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain