suria

Lima Bot PAM Ditahan Tangkap Ikan Secara Haram

LABUAN: Lima bot pam ditahan di perairan Kiamsam di sini pagi tadi, tetapi kesemua pengendalinya berjaya memboloskan diri.

Bot itu ditahan oleh Jabatan Perikanan Labuan kerana tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut untuk menangkap ikan.

Pengarah Perikanan Labuan Zainuddin Abd Wahab memberitahu Bernama, aktiviti memancing dengan bot yang tidak berdaftar disifatkan sebagai kegiatan haram.

Pelbagai spesis ikan seperti tenggiri, cencaru dan parang di dalam bot itu turut dirampas.

"Kebanyakan operasi pemancingan secara haram ini dijalankan oleh bukan rakyat tempatan pada awal pagi dan dijual terus kepada umum," kata Zainuddin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain