suria

Kaji Selidik Dapati Perkongsian Keuntungan Dengan Pekerja Boleh Ransang Produktiviti

KUALA LUMPUR: Kelly Services Inc., peneraju rumusan tenaga kerja berkata yang sebahagian besar rakyat Malaysia percaya mereka boleh jadi lebih produktif jika mereka mampu berkongsi keuntungan atau mempunyai pemilikan kepentingan dalam perniagaan majikan masing-masing.

Di bawah kajian terbarunya, Kelly Global Workforce Index, syarikat mendapati daripada kumpulan pekerja Malaysia yang dikaji selidik, 75 peratus menunjukkan kepercayaan dalam produktiviti yang tinggi dengan perkongsian keuntungan.

Kaji selidik turut mendapati 60 peratus daripada pekerja pada masa ini lebih kepada pengaturan di mana sebahagian daripada upah mereka terikat kepada sasaran prestasi.

"Pekerja Gen Y (berusia 18-29) dan Gen X (berusia 30-47) kemungkinan lebih kepada upah berdasarkan prestasi berbanding mereka yang berada dalam generasi "Baby Boomer" (berusia 48-65).

"Bagaimanapun, daripada mereka yang tidak menerima upah prestasi, lebih daripada 67 peratus berkata mereka akan lebih produktif jika pendapatan mereka dikaitkan dengan keputusan prestasi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Kaji selidik global itu mendapat pandangan kira-kira 134,000 orang, termasuk hampir 2,000 pekerja dari Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain