suria

Goodwill Polygon Mahu Bina Bangunan Pejabat Canggih Di Shah Alam

KUALA LUMPUR: Goodwill Polygon Sdn Bhd telah melancarkan satu projek pembangunan komersil satu bangunan pejabat canggih yang akan dikenali sebagai QUBE di Shah Alam.

Dalam satu kenyataan di sini, Isnin Goodwill Polygon berkata suite perniagaan QUBE itu akan menjadi salah satu bangunan sedemikian yang akan diadun secara harmoni dengan teknologi moden dan reka bentuk arkitek yang terbaik.

Ia akan turut dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi bagi memastikan para pekerja yang bekerja di dalamnya dapat bekerja dalam persekitaran yang selamat, sesuai dan selesa.

Syarikat itu juga berkata ia menjangka mendapat manfaat dari segi terma dan pendapatan.

"Ini adalah disebabkan bilangan bangunan pejabat yang terhad yang dibina bagi tujuan khusus di Shah Alam yang sememangnya meningkatkan permintaan bagi mendapatkan ruang, sekaligus menjadikan QUBE sangat tertarik bagi peningkatan modal," kata Pengarah Kumpulan Syarikat CASB Prudence Wong.

Goodwill Polygon adalah cabang hartanah Kumpulan CASB. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain