Dr Mahathir Minta Umat Islam Kuasai Ilmu Sains, Teknologi - Semasa | mStar

Dr Mahathir Minta Umat Islam Kuasai Ilmu Sains, Teknologi

NILAI: Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara punca umat Islam lemah pada masa ini ialah kerana mereka tidak menjalankan ibadah untuk mencari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Mantan Perdana Menteri berkata orang Melayu memang dituntut untuk belajar asas agama Islam tetapi tidak semua dikehendaki belajar sampai mendalam kerana perlu ada golongan yang mendalami ilmu lain.

"Menguasai fizik, sains dan matematik untuk pertahanan bukan bermakna umat Islam melupakan akhirat," katanya ketika berucap pada Syarahan Perdana Sempena 10 tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, Isnin.

Kira-kira 5,000 orang termasuk pelajar USIM menghadiri syarahan Dr Mahathir di Stadium Tertutup Nilai di sini.

"Kalau 1.6 bilion umat Islam di dunia ini pandai agama dan kesemuanya bertaraf ulama, perpecahan yang lebih teruk akan terjadi kerana masing-masing akan membuat tafsiran yang berbeza mengenai Islam mana yang lebih baik seperti yang terjadi ke atas golongan Sunni dan Syiah.

"Walaupun tidak semua tetapi kalau ada sekumpulan orang yang dapat kuasai ilmu teknologi dan sains pertahanan, ini sudah memadai untuk menyelamatkan satu masyarakat Islam seperti di Bosnia (Herzegovina) sebelum ini," katanya.

"Satu ketika dahulu orang Russia telah menewaskan umat Islam di Asia Tengah dan agama Islam digugurkan tetapi orang Islam tidak dapat buat apa. Inilah kesan dari kelemahan akibat kurang pengetahuan dalam ilmu-ilmu tentang pertahanan," katanya lagi.

Menurut Dr Mahathir, umat Islam di Malaysia juga perlu menguasai ilmu sains dan teknologi agar mereka mampu menghasilkan ciptaan sendiri tanpa meniru rekaan orang lain.

"Di mana sahaja seperti di Afghanistan, Iraq, umat Islam tertindas. Orang Islam dihina, saya sendiri pernah dihina dan disuruh buka kasut kononnya ada letupan dalam kasut saya," katanya.

Orang lain pun diperiksa tetapi ia tidak diperlakukan seperti orang Islam kerana mereka hari ini sudah dianggap pengganas, katanya.

"Apabila Nabi Muhammad s.a.w dianggap pengganas. Kita marah dan kita berdemontrasi tetapi ini sedikit pun tidak meninggalkan kesan terhadap musuh Islam kerana umat Islam pada hari ini sangat lemah," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain