Ahmad Nafi Pilih Lokasi IJN Di Kijal Sebab Beliau Anak Jati - Semasa | mStar

Ahmad Nafi Pilih Lokasi IJN Di Kijal Sebab Beliau Anak Jati

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya pemilihan lokasi penempatan Institut Jantung Negeri (IJN) Terengganu di kawasan Kijal, Kemaman adalah kerana beliau merupakan anak jati kawasan itu.

Ahmad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menjelaskan pemilihan lokasi itu dilakukan kerana kerajaan negeri telah membeli sebuah resort di Kijal yang dikenali sebagai Strawbery Park dengan harga murah iaitu RM27 juta berbanding harga asal RM65 juta.

"Resort berada di tepi pantai dan tasik, sesuai dengan konsep pelancongan kesihatan, bukan kerana saya orang Kijal," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata resort itu kini dalam proses pengubahsuaian terutama untuk dewan bedah dan beberapa kemudahan lain.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang), beliau berkata, kerajaan negeri juga telah mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan untuk dapatkan dana bagi membeli peralatan dan mesin untuk pusat jantung itu.

Menurutnya IJN itu bakal beroperasi secara serampang dua mata iaitu membantu rakyat Terengganu yang miskin merawat penyakit tersebut dan menjana pendapatan melalui perkhidmatan kepada rakyat negeri lain khususnya di Pantai Timur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia