suria

Perkhidmatan KPN Tamat Pada 12 Sept...

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau tidak tahu sama ada kontrak perkhidmatannya yang akan tamat pada 12 September depan akan dsambung.

“Saya tidak tahu...Jangan tanya saya tentang itu," katanya apabila ditanya mengenai tempoh perkhidmatannya yang akan tamat kurang lebih sebulan dari sekarang.

Musa bercakap kepada para pemberita selepas Majlis Perundingan Pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat.

Ini adalah lanjutan perkhidmatan Musa kali kedua selepas mencapai umur pencen pada tahun 2007.

Musa, yang memiliki diploma perundangan dari Britain, memulakan perkhidmatannya dengan pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Inspektor pada tahun 1969.

Antara lain, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai pendakwa di Melaka pada tahun 1973, penolong pengarah narkotik Bukit Aman (1981), ketua polis Johor (2003) dan pernah juga memegang jawatan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada tahun 2004.

Artikel Lain