suria

Keputusan Siasatan Forensik Akaun Sime Darby Siap Akhir September

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd memberitahu bahawa keputusan penyiasatan forensik ke atas akaunnya dijangka diumumkan menjelang akhir September ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, konglomerat itu berkata keputusan suku ke-empatnya akan diumumkan pada 26 Ogos, 2010.

"Sehingga itu, kami tidak boleh mengulas keputusan kumpulan itu kecuali bahawa kami menjangka syarikat itu akan melaporkan keuntungan bagi tahun berakhir 30 Jun, 2010, berasaskan anggaran terbaiknya," kata kenyataan itu yang merujuk pelbagai artikel akhbar yang membuat spekulasi mengenai keputusan tersebut.

Artikel Lain