suria

Peniaga Diragut Wang Tunai RM18,000 Di Lampu Isyarat

MELAKA: Seorang peniaga lelaki kehilangan RM18,000 setelah dua penunggang motosikal memecahkan cermin keretanya sewaktu berhenti di sebuah lampu isyarat di Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 3.20 petang semalam, dua lelaki itu memecahkan cermin sisi kereta menggunakan topi keledar dan mengambil beg sandang di dalamnya.

"Peniaga berusia 30-an dari Batu Berendam, dekat sini baru sahaja mengeluarkan wang tunai RM18,000 dari sebuah bank berdekatan malahan turut kehilangan dokumen peribadi termasuk kad pengenalan dan lesen memandu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Peragut dipercayai menunggang motosikal berwarna merah manakala nombor pendaftaran motosikal tidak dapat dipastikan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengeluarkan wang tunai dengan amaun yang banyak supaya berwaspada daripada menjadi mangsa ragut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain