suria

Penganggur Dihukum Gantung Kerana Edar Dadah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur setelah didapati bersalah mengedar dadah tahun lepas.

Hakim Azman Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Azman berkata hanya tertuduh R.Satiamoorty, 26, sahaja yang memandu kereta yang dijumpai dadah seberat 29,298 gram kanabis setelah diekori polis bermula dari R&R Hulu Bernam hingga ke tempat kejadian.

Satiamoorty didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan stesen minyak Mobil Sri Rampai, Taman Sri Rampai di sini pada pukul 5.40 petang, 13 Mei 2009.

Pendakwaan diwakili peguam Ahmad Akram Gharib manakala Satiamoorty diwakili Gooi Soon Seng. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain