suria

Rumah Anak Yatim Akan Dibina Di Batu Caves

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 anak yatim di kawasan penempatan masyarakat India di Batu Caves akan mendapat pelajaran dan kehidupan yang lebih sempurna apabila sebuah rumah anak yatim di situ siap tahun tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata rumah tersebut yang bernilai kira-kira 1.8 juta dijangka siap April tahun depan.

"Kerajaan baru-baru ini memperuntuk RM530,000 untuk projek tersebut bagi membantu anak-anak yatim," katanya semasa menutup satu pesta keagamaan Hindu di sini malam tadi.

Kira-kira 100 penganut menghadiri acara tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain