suria

Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Dihanyutkan Arus Deras

TUARAN: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun hilang, dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan air deras ketika mandi bersama seorang rakannya di Sungai Tamparuli petang tadi.

Kanak-kanak itu dikatakan dihanyutkan air deras ketika mandi di sungai berhampiran tapak tamu (pasar minggu) kira-kira jam 4.30 petang namun rakannya yang berusia 13 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai.

Ketua Balai Bomba Tuaran, Rudy Mekii berkata 14 anggotanya dengan bot penyelamat dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.07 petang.

Sejurus tiba di tempat kejadian, operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan dengan kerja sama pasukan polis namun mangsa gagal dijumpai.

Oleh kerana cuaca mulai gelap, operasi akan disambung esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain