suria

Dewan Negara Lulus Dua Usul, Lapan Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas ditangguh Selasa, selepas sepuluh hari bersidang.

Persidangan yang bermula 19 Julai lepas, menyaksikan dua usul dan lapan rang undang-undang, termasuk satu rang undang-undang baru, diluluskan.

Dua usul yang diluluskan ialah usul mengutuk serangan kejam tentera rejim Israel ke atas konvoi kapal "Freedom Flotilla" yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lepas dan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang mencadangkan peruntukan berjumlah RM230 bilion bagi perbelanjaan sepanjang tempoh lima tahun.

Rang Undang-undang baru yang diluluskan ialah Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Turut diluluskan pindaan tujuh akta iaitu Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010; Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010.

Persidangan Dewan kemudian ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain