KUALA LUMPUR: Seorang penjaga sebuah kuil mati dibunuh oleh tiga lelaki yang dipercayai dikenalinya di tepi sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Puteri di Serdang pagi ini.Lelaki berumur 52 tahun yang namanya tidak dinyatakan oleh polis, cedera parah di kepala dan ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh penjaga stesen minyak berkenaan pada 12.30 pagi tadi. "Penjaga pam minyak itu berkata, sebelum lelaki itu meninggal dunia, dia sempat menceritakan yang dipukul oleh tiga lelaki di kuilnya sebelum dia memandu kereta untuk ke stesen minyak itu untuk menyelamatkan diri," kata Ketua Polis Serdang, Supritendan Abdul Razak kepada Bernama.Beliau berkata, 40 minit selepas kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30an dan sedang mencari dua lagi yang dipercayai terlibat dalam kes itu. - BERNAMA