Bekas Pelajar Kolej Dari Sarawak Terpaksa Lalui Semula Perbicaraan - Semasa | mStar

Bekas Pelajar Kolej Dari Sarawak Terpaksa Lalui Semula Perbicaraan

PUTRAJAYA: Bekas pelajar kolej dari Sarawak, Charlene Joseph Jindi terpaksa melalui semula perbicaraan atas dakwaan memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan seorang pembantu jualan maut, tujuh tahun lepas.

Ini kerana pihak pendakwaan hari ini telah menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memerintahkan supaya kes itu dibicarakan semula.

Keputusan menarik balik rayuan itu adalah akibat daripada representasi yang dibuat oleh peguam Charlene, Edmund Bon, kepada Pejabat Peguam Negara.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai oleh Hakim Datuk Hasan Lah, yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud, kemudian membatalkan rayuan itu.

Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 23 September ini.

Pada 1 Julai 2003, Charlene, 28, didakwa memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Suhaila Tajudin di Jalan 14/14, Seksyen 14, Jalan Semangat, Petaling Jaya, pada pukul 2.15 pagi, 25 Mei, 2003.

Kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu oleh Charlene melanggar penghadang jalan setinggi 50cm lalu merempuh beberapa buah meja yang diletakkan di atas jalan di hadapan sebuah restoran 24 jam.

Ketika kejadian itu, Nur Shuhaila, berusia 19 tahun, yang ketika itu sedang menjamu selera bersama empat orang rakannya di luar restoran itu.

Nur Suhaila, berasal dari Kuala Kubu Baru, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) beberapa jam selepas kejadian itu.

Pada 6 Jun 2007, Charlene didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM8,000 atau tambahan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, selepas rayuan, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Ogos 2008, mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap Charlene dan memerintahkan supaya kes itu dipindahkan semula ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk dibicarakan semula.

Mahkamah Tinggi itu mendapati majistret telah melakukan kesilapan mengenai standard bukti berhubung kes pendakwaan dan pembelaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain