Bayi Antara 19 Pati Ditahan Dalam Ops Sapu - Semasa | mStar

Bayi Antara 19 Pati Ditahan Dalam Ops Sapu

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 pendatang asing tanpa izin termasuk seorang bayi perempuan dalam Ops Sapu malam tadi hingga awal pagi ini di beberapa lokasi di sini dan di Pendang.

Timbalan pengarahnya Hasreena Hashim berkata daripada jumlah itu, tujuh adalah warga Kemboja, lima Myanmar, empat Bangladesh dan tiga orang warga Indonesia.

"Operasi selama lapan jam bermula kira-kira pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 4 pagi itu dilakukan di lapan lokasi sekitar Alor Setar dan di Felda Sungai Tiang, Pendang," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Hasreena berkata seorang daripada Pati warga Indonesia yang ditahan semalam pernah diberkas sebelum ini dan dihantar pulang ke negaranya empat bulan lepas kerana masuk ke Malaysia tanpa pas perjalanan dan kali ini dia ditahan atas kesalahan yang sama. "Wanita yang berumur 20-an dan berkahwin dengan warga Myanmar itu tidak serik apabila memasuki semula negara ini tanpa membawa sebarang pas perjalanan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain