Malaysia Tidak Boleh Putus Asa Perjuang Pembebasan Gaza - Muhyiddin - Semasa | mStar

Malaysia Tidak Boleh Putus Asa Perjuang Pembebasan Gaza - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh berputus asa dalam usahanya memperjuangkan pembebasan rakyat Palestin di Gaza daripada pendudukan Israel walaupun menghadapi cabaran hebat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan kita semua.

Muhyiddin berkata, peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara baru-baru ini telah membuka mata masyarakat dunia terhadap kekejaman melampau rejim zionis Israel.

Masyarakat antarabangsa telah bangkit bersuara mendesak agar kekejaman tentera rejim itu dihentikan segera, katanya.

"Malaysia juga tidak terkecuali menzahirkan kutukan keras terhadap kekejaman tentera rejim zionis Israel melalui satu usul yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk membawa mereka yang bertanggungjawab dalam serangan ke atas kapal Mavi Marmara ke muka pengadilan dan mendesak rejim zionis Israel membuka kepungan ke atas Gaza," katanya.

Muhyiddin berucap pada Majlis Deklamasi Puisi Riong ABIM-Berita Harian dan Pelancaran Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin ABIM di Universiti Islam Atarabangsa (UIAM) di sini malam Isnin.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyeru umat Islam supaya bersatu hati dan berpadu suara memperjuangkan kebebasan bagi mereka yang tertindas.

Beliau berkata, trajedi yang melanda bumi Palestin adalah satu iktibar yang amat jelas tentang betapa perlu umat Islam bersatu untuk mempertahankan maruah ummah.

Dalam hal ini katanya, tidak ada ruang bagi perbezaan politik atau fahaman mazhab untuk menghalang umat Islam daripada memperjuangkan pembebasan rakyat Palestin secara bersama.

"Kealpaan umat Islam akan menyebabkan kita berpecah dan melupakan tali persaudaraan dan keimanan yang mengikat kesatuan hati kita.

"Tidak ada apa yang lebih penting daripada tali persaudaraan dan ikatan keimanan dalam Islam yang boleh menghalang kita daripada berjuang dalam satu saf yang teguh untuk mempertahankan kesucian Islam dan membela mereka yang tertindas," katanya.

Pada majlis tersebut Muhyiddin turut mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Kita Hampakan Iktibar" serta menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 kepada tabung yang baru dilancarkan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut