suria

Gerakan Cari Polis Hilang Tamat Hari Ini

PASIR PUTEH: Gerakan mencari anggota polis L/Kopral Basri Abdul Majid, 45, yang dilaporkan hilang di Laut China Selatan berhampiran ok Bali di sini akan dihentikan hari ini sekiranya pasukan penyelamat masih gagal mengesannya.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata pihaknya termasuk polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sudah berpuashati selepas empat hari melancarkan gerakan mengesannya bermula 30 Julai lepas.

"Kami sudah berusaha dengan kemampuan yang ada tetapi gagal mengesannya walaupun keadaan laut tenang dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Basri dilaporkan hilang bersama 8 rakannya dalam perjalanan pulang mengail ikan dengan sebuah bot dari Pulau Susu Dara ke Tok Bali pukul 5.30 pagi, Jumaat lepas.

Beliau dipercayai terjatuh dari bot tersebut tanpa disedari.

Kaharuddin berkata, sebaik sahaja ia dilaporkan hilang pihaknya melancarkan gerakan mengesannya di kawasan 4 hingga 5 batu nautika yang membabitkan kawasan Pulau Susu Dara, Pantai Melawi, Bachok dan Kuala Besut, Trengganu setiap hari bermula 8 pagi sehingga 7 petang. - BERNAMA

Artikel Lain