suria

Biar Kabinet Putus Cadangan Isytihar Harta - Zahid

BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan meminta semua menteri mengisytiharkan harta kepada umum wajar diserahkan kepada kabinet untuk membuat keputusan sama ada perlu dilakukan atau tidak.

"Mengikut amalan biasa isytihar harta hanya dimaklum kepada Perdana Menteri saja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan di Masjid Simpang Empat, Rungkup di sini malam Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohammed supaya anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum.

Ahmad Zahid berkata, perbincangan mengenai cadangan itu wajar diputuskan oleh jemaah Menteri bersama-sama dengan Perdana Menteri.

"Di zaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada cadangan sedemikian tetapi semua menteri hanya menyerahkan borang isytihar harta untuk makluman Perdana Menteri ketika itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain