suria

Rogol Kanak-kanak: Rakyat Malaysia Nyatakan Kemarahan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mengutuk kes rogol membabitkan seorang murid perempuan berumur 10 tahun dan mendesak tindakan tegas diambil bagi perlakuan jenayah berkenaan.

Digambarkan suspek kes itu sebagai 'raksasa' dan 'binatang', kebanyakan masyarakat mendesak Peguam Negara mencari jalan penyelesaian.

Malah sesetengah ibu bapa turut menyeru agar komuniti setempat turut sama bertanggungjawab terhadap keselamatan kanak-kanak.

Perkembangan kes:

> Tempoh tahanan reman suspek dilanjutkan enam hari lagi. Polis turut menyiasat jika terdapat kanak-kanak berusia 11 tahun dan anak angkat suspek, 9, turut menjadi mangsa.

> Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menuntut satu dasar dikaji agar pemandu bas atau van ditemani oleh seorang konduktor atau pemandu ganti.

> Pihak sekolah diberitahu supaya mengingatkan murid agar lebih berhati-hati.

Artikel Lain