Peniaga Perlu Senaraikan Barangan Jualan Murah - Semasa | mStar

Peniaga Perlu Senaraikan Barangan Jualan Murah

BERA: Semua pekedai dan pemilik pasar raya yang ingin mengadakan 'Jualan Murah Hari Raya Aidilfitri' diwajib menyenaraikan sekurang-kurangnya 70 peratus barangan atau produk berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu termaktub di bawah Peraturan Jualan Murah yang diputuskan kementerian itu baru-baru ini sebagai usaha membendung kegiatan penipuan.

"Di bawah peraturan itu semua pekedai dan pasar raya yang hendak membuat jualan murah itu diwajib menyenaraikan barangan dan produk jualan untuk diteliti sebelum kelulusan diberi.

"Harga lama dan baru barangan dan produk itu juga perlu disenaraikan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Hari Guru 2010 Peringkat Daerah Bera di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini, Sabtu.

Beliau berkata tindakan tegas mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 akan diambil terhadap pekedai dan pasar raya terbabit jika didapati menipu orang ramai.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata 20 jenis barangan utama terpilih akan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga sempena bulan puasa dan hari raya ini.

"Pengumuman senarai 20 barang terpilih itu akan dibuat minggu depan. Antara barangan itu ialah minyak masak, ayam, daging, telur, tepung dan gula," katanya.

Beliau berkata lebih 2,000 anggota penguatkuasa kementerian akan digerakkan bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap peniaga di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain