suria

DAP Pecat Ahli MPK, Tee Boon Hock

KLANG: DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock yang didakwa menyalahgunakan kepala surat seorang ahli exco Selangor bagi mendapatkan kontrak untuk kroninya dari parti itu, menurut sumber.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memintanya pergi bercuti sementara menunggu keputusan siasatan.

Tee mengaku tidak bersalah.

Pada 27 Julai lalu, The Star melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat seorang ahli exco Selangor dan menulis surat sokongan bagi mendapatkan kontrak untuk kroni dan ahli keluarganya.

Tee didakwa mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat dari majlis perbandaran tempat beliau bertugas sejak Julai 2008.

Walaupun beliau yang mempunyai hubungan kuat dengan parti itu tidak boleh memasuki pejabat ahli exco ketika ini, beliau dilantik semula sebagai ahli majlis perbandaran untuk penggal ketiga.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk anggota lembaga tender MPK.

Ahli exco, Ronnie Liu mengesahkan kepala surat miliknya telah disalahgunakan dan ahli majlis perbandaran itu kini sedang disiasat oleh parti berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa ahli exco mendakwa tindakan dalaman saja tidak mencukupi.

Artikel Lain