Reman Pemandu Van Rogol Murid Dilanjut Enam Hari Lagi - Semasa | mStar

Reman Pemandu Van Rogol Murid Dilanjut Enam Hari Lagi

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis dalam tempoh itu, akan menyiasat penglibatan lelaki berusia 51 tahun itu dalam dua lagi kes rogol berasingan di daerah itu.

"Polis juga sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan ke atas ketiga-tiga mangsa, termasuk murid berumur 10 tahun itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isnin lepas, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Seorang guru tadika yang terdengar jeritan mangsa dari dalam bas itu telah menariknya sebelum sekumpulan orang awam menangkap suspek untuk dibawa ke balai polis berdekatan, katanya.

"Polis percaya ada lagi mangsa lain terlibat dalam kegiatan tidak bermoral pemandu van terbabit," katanya sambil menambah modus operandi lelaki terbabit adalah merogol mangsa di dalam vannya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Putrajaya Sedia Jadi 'Bandar Mesra Belia'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini