Nik Aziz Saran Bazar Ramadan Ditukar Kepada Bazar Iftar - Semasa | mStar

Nik Aziz Saran Bazar Ramadan Ditukar Kepada Bazar Iftar

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan nama dan konsep bazar Ramadan ditukar kepada Bazar Iftar (berbuka puasa) bagi mencerminkan penghayatan terhadap ibadah berpuasa itu.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan media boleh memainkan peranan untuk menukar nama dan konsep bazar Ramadan itu yang sentiasa mendapat sambutan ramai setiap kali bulan puasa.

"Saya baca dalam akhbar, rasa kagum betapa ramai peniaga terdiri daripada umat Islam sampai berebut-rebut untuk mendapat borang berniaga di bazar Ramadan.

"Apa salahnya kalau nama dan konsep bazar Ramadan itu ditukar kepada bazar Iftar bagi memberi penghayatan kepada umat Islam bahawa ada dua ketika nikmat bagi orang berpuasa iaitu ketika berbuka dan menyambut Idilfitri," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, Jumaat.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Nik Aziz berkata beliau telah melawat Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, yang kini dirawat di Unit rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini kerana kanser usus.

Beliau meminta semua pihak mendoakan agar kesihatan wakil rakyat itu kembali pulih. Che Hashim, yang disahkan menghidap barah usus kira-kira setahun lepas, pernah menjalani rawatan susulan di sebuah Hospital di Guangzhou, China pada 2009. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?