suria

Lagi Mangsa Kencing Tikus Ekoran Misi Menyelamat Hutan Lipur Lubuk Yu

KUANTAN: Seorang lagi anggota yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, Maran bulan lepas mungkin menjadi kes terbaru jangkitan wabak Melioidosis dan Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Datuk Hoh Khai Mun berkata mangsa, seorang anggota bomba di Temerloh berusia 30 tahun dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh semalam selepas mengalami demam.

"Mangsa telah pergi mendapatkan rawatan di hospital pada 8 Julai lepas kerana sakit belakang namun dimasukkan ke wad semalam selepas mengalami demam," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, sampel darah mangsa telah diambil untuk pengesahan.

Menurut beliau lagi, sehingga hari ini, tujuh kematian dicatatkan akibat bakteria itu manakala jumlah mangsa yang masih menerima rawatan di hospital pula adalah empat orang iaitu dua di Hospital Jengka, satu di HOSHAS dan seorang lagi di Hospital Selayang, Selangor.

Artikel Lain