suria

Kerajaan Beri Tumpuan Tarik Lebih Banyak Modal Intensif FDI

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin dengan paras pelaburan asing langsung (FDI) untuk tahun ini, dengan fokus akan dipertingkatkan untuk menarik lebih banyak modal menyeluruh FDI, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata yang kerajaan nekad untuk mendapatkan FDI kembali ke paras asal sebelum 2009, apabila negara dilanda krisis ekonomi global.

"Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah menyelaraskan insentif untuk para pelabur seberang laut," kata beliau dalam taklimat media di sini selepas merasmikan seminar mengenai inovasi untuk produktiviti tinggi.

Beliau berkata potensi untuk pelaburan dari Korea Selatan amat baik.

"Korea Selatan yang telah mengatasi beberapa jenama Jepun begitu kukuh dalam telekomunikasi," kata Mukhriz.

Mengenai laporan yang Malaysia kehilangan dari segi FDI berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara, beliau berkata maklumat ini perlu dilihat dalam konteks yang betul.

"Terdapatnya pelaburan infrastruktur seperti jalan dan jambatan di Filipina, Vietnam dan Indonesia. Kebanyakan pelaburan sedemikian dalam infrastruktur di Malaysia ialah daripada syarikat-syarikat tempatan," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Lain