KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat mengegarkan Mindanao, Filipina petang ini, namun kedua-duanya tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini hari ini.Gempa bumi pertama berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di kedudukan 6.4 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur pada pukul 3.31 petang, iaitu kira-kira 571km timur laut Lahad Datu, Sabah. Gempa bumi kedua pula yang berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di kedudukan 6.6 darjah Utara dan 123.6 darjah Timur pada pukul 4.55 petang, iaitu kira-kira 608km timur laut Lahad Datu, Sabah. - BERNAMA