suria

Loo Took Gee Dilantik KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Lee Took Gee
 Lee Took Gee
Lee Took Gee

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Cik) Loo Took Gee dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian berkenaan mulai 1 Ogos ini.

Cik Loo, 54, menggantikan Datuk Dr Halim Man yang ditukarkan ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) pada tarikh yang sama, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Cik Loo, yang bertugas selama 11 tahun di kementerian itu, diharap dapat menggembleng semua pihak di kementerian tersebut ke arah melaksanakan pembangunan mapan industri tenaga dan air negara serta teknologi hijau untuk pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara.

Cik Loo berkelulusan Sarjana dalam bidang Sains Polisi dari Universiti Saitama, Tokyo, Jepun dan Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya. -BERNAMA

Artikel Lain