suria

Pemandu Teksi dan Buruh Binaan Didakwa Mengedar Dadah

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dan rakannya seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah, dua minggu lepas. Azizi Salleh, 55, dan Mohd Nazri Ismail, 40, hanya mengangguk tanda faham apabila pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zollkapli.

Mereka didakwa bersama-sama mengedar kanabis anggaran berat 5.579 gram di kawasan Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Daud, Dang Wangi di sini pada 6.45 petang, 14 Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Zulyana kemudiannya menetapkan 26 Okt depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Cif Insp Nom Phot.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain