suria

Mayat Pekerja Perindustrian Dijumpai Berhampiran Jeti Prai

GEORGE TOWN: Mayat seorang pekerja perindustrian dijumpai tersangkut pada jeti di Prai Depot, Seberang Prai Tengah semalam. Mangsa dikenali sebagai M. Ganesh, 39, yang dipercayai lemas.

"Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 4 petang dengan berpakaian lengkap berbaju kemeja kuning dan berseluar pendek coklat," kata sumber polis.

Polis sedang menyiasat punca sebenar kematian mangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain