suria

Kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia Dicontohi Negara Luar

MELAKA: Kejayaan Jabatan Imigresen dalam menangani masalah pemalsuan dokumen perjalanan dan aktiviti memperdagangkan manusia, menarik minat Imigresen negara-negara Asean untuk mempelajarinya.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman berkata jabatannya kerap menerima kunjungan pegawai Imigresen dari negara berkenaan bagi tujuan tersebut.

"Kita sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman, kemahiran dan kejayaan dengan negara lain kerana ini adalah sebahagian daripada sumbangan jabatan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Asean Immigration Course on Fraudulent Document and Human Trafficking In-person", di sini, Isnin, malam.

Abdul Rahman berkata negara lain selain Asean juga berminat untuk mencontohi kejayaan JIM dan kerjasama kedua-dua belah pihak terus dipertingkatkan untuk manfaat bersama.

Katanya antara kejayaan terbaru yang dicapai jabatan itu ialah perkhidmatan 1 Jam 1 Pasport (permohonan pasport antarabangsa yang boleh siap dalam satu jam) telah dilaksanakan di 28 pejabat cawangan di seluruh negara.

Beliau juga berkata jabatan itu akan terus meningkatkan kerjasama penguatkuasaan dengan negara jiran di kesemua pintu masuk di sempadan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain