suria

Muhyiddin Tiba Di Seoul Untuk Lawatan Empat Hari

SEOUL: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama empat hari.

Ketibaan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon disambut Duta Malaysia ke Korea Selatan Datuk Ramlan Ibrahim dan warga kedutaan.

Muhyiddin diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, beberapa anggota parlimen dan pegawai kanan dari Kementerian Luar serta Kementerian Pelajaran.

Ini adalah lawatan pertama Muhyiddin ke sini selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Hari ini beliau dijadual mengadakan mesyuarat meja bulat bersama 12 presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat utama Korea.

Beliau juga dijangka mengadakan jamuan malam untuk rakyat Malaysia di sini di sebuah hotel. - BERNAMA

Artikel Lain