suria

Setor Peralatan Sukan Di Kepong Musnah Dalam Kebakaran

KUALA LUMPUR: Pelbagai peralatan sukan jenama Gintell musnah apabila sebuah setor yang menyimpan barangan itu di Kepong Industrial Park 9, Taman Desa Jaya Kepong di sini dijilat api pagi tadi.

Penolong Penguasa Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Wan Zakaria Wan Busu berkata pihak bomba menerima panggilan dari orang ramai mengenai kebakaran itu pada pukul 8.16 pagi.

"Tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dengan 11 anggota merupakan yang pertama di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mereka kemudian dibantu oleh 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Jinjang, Selayang, Sungai Buloh dan Shah Alam serta lima anggota sukarelawan Bomba Bukit Bintang dengan tujuh jentera, termasuk sebuah skylift.

Wan Zakaria berkata api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit. Tiada kamalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain