suria

Pemandu Jengkaut Ditahan Bantu Siasatan Kes Curi Pasir

BALIK PULAU: Polis menahan seorang pemandu jengkaut berusia 52 tahun bagi membantu siasatan ekoran laporan polis yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mengenai kes kecurian pasir di tapak projek Politeknik Balik Pulau baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md Zain berkata lelaki yang dipercayai berperanan sebagai pemandu jengkaut bagi kegiatan mencuri pasir itu, ditahan di rumahnya di Balik Pulau semalam.

Beliau berkata lima keterangan telah diambil bagi membantu siasatan dan pihak polis masih berusaha mengesan dua lagi suspek yang dipercayai masih bebas.

Hatta berkata polis turut merampas dua jengkaut di tapak projek berkenaan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan itu.

"Suspek kini ditahan reman 14 hari bermula semalam dan kes disiasat dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Lain